Home Berita Post View

Motaz Azaiza raih Freedom Prize bagi liputan Gaza

Jun 05, 2024 07:13 am


Dalam sebuah majlis di Caen, Perancis pada Selasa lepas, Motaz telah dianugerahkan Freedom Prize atas usahanya mendokumentasikan situasi perang di Gaza sebelum ini di sana.

Selama beberapa bulan pertama perang rejim Israel ke atas wilayah Palestin, Motaz yang pada ketika itu berpusat di Gaza berjaya membina pengikut media sosial yang ramai yang mengikuti video hariannya dan gambar serangan oleh tentera rejim Israel dan penderitaan rakyat Palestin.

Menurut penganjur di Normandy, Perancis majlis keraian ini telah dihadiri oleh mereka yang berumur antara 15 hingga 25 tahun dari Perancis dan seluruh dunia bagi memilih individu atau organisasi yang berjaya memberi inspirasi serta komited dalam perjuangan teladan demi sebuah pembebasan.

Sumber: Al Jazeera