Home Berita Post View

PBB: 13 Keluarga, 44 Kanak-Kanak Dipindahkan dari Masafer Yatta Sejak Julai

Oct 06, 2023 06:28 am

 

Maklumat daripada Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Manusia (OCHA) bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pendudukan rejim Israel telah menyebabkan 13 buah keluarga Palestin telah dipindahkan, termasuk 84 individu di mana 44 daripada adalah kanak-kanak, dari Masafer Yatta, selatan al-Khalil sejak awal Julai 2023 lalu. 

Pejabat PBB juga mengemukakan dalam laporannya bahawa sekatan yang semakin ketat yang dikenakan oleh tentera rejim terhadap perpindahan para tahanan di Masafer Yatta adalah sebab utama di sebalik pengusiran mereka.

Masafer Yatta merangkumi 13 perkampungan penduduk, dan terletak dalam kawasan yang membentuk kira-kira 18% daripada tanah Tebing Barat yang diduduki, di mana ia diisytiharkan oleh rejim Israel sebagai "zon latihan menembak" dan digunakan bagi latihan ketenteraan. Sementara itu, seramai kira-kira 7% merupakan penduduk yang diusir dari perkampungan-perkampungan ini dalam tempoh tiga bulan terakhir. 

 

Related