Home Berita Post View

Tahanan Palestin Tutup Bahagian di Penjara Israel

Oct 06, 2023 05:45 am

 

Para tahanan Palestin bertindak menutup semua bahagian tahanan dan menggagalkan aktiviti kehidupan di dalam penjara rejim, sebagai protes terhadap tindakan agresif Menteri Keselamatan rejim Israel, Itamar Ben-Gvir ke atas mereka. Tindakan ini juga sebagai sokongan solidariti ke atas Kaid al-Fasfous, tahanan Palestin yang melakukan mogok untuk hari ke-64 berturut-turut. 

Difahamkan, Ben-Gvir sebelum ini telah menyerbu Penjara Gilboa diiringi pasukan penindas yang menggunakan bom dan kayu sebelum memulakan pencarian menyeluruh di bilik-bilik tahanan, seterusnya menutup semua bahagian penjara.

Sebagai rekod, Ben-Gvir telah mengurangkan lawatan keluarga tahanan di penjara rejim Israel, Tebing Barat, iaitu daripada sebulan sekali kepada dua bulan sekali.