Home Berita Post View

2 Syahid Ditembak Israel Berdekatan Tulkarm

Oct 06, 2023 05:43 am

Dua orang pemuda dilaporkan maut selepas ditembak peluru rejim Zionis sejurus selepas tentera Zionis bertindak melepaskan tembakan bersasar ke arah kenderaan yang membawa warga Palestin berhampiran pintu masuk ke Bandar Shufa yang terletak di Tulkarm, Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, dua pemuda yang maut ditembak tersebut ialah as-syahid Abdul Rahman Ata, 23 tahun dan as- syahid Huzaifah Fares, 27 tahun.

Berikutan itu, pasukan rejim telah menghalang ambulans daripada menuju ke tempat kejadian di mana pertolongan kecemasan tidak sampai kepada para mangsa. Susulan daripada itu, berita kesyahiian kedua pemuda tersebut telah diumumkan.