Home Berita Post View

Hari Pernikahan Bertukar Menjadi Hari Malang, Tahanan Palestin Dipindahkan Ke Tahanan Pentadbiran

Oct 06, 2023 05:41 am

 

Seorang tahanan Baitul Maqdis, Muhammad Azmi al-Bakri telah dipindahkan ke bawah tahanan pentadbiran oleh pasukan rejim Israel bagi tempoh empat bulan. 

Difahamkan, semalam sepatutnya menjadi hari paling bahagia buat Muhammad Azmi di mana beliau bakal bernikah dengan pasangannya, namun semua itu tinggal harapan apabila mereka terpaksa menangguhkan majlis tersebut ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Keputusan penahanan pentadbiran yang dijatuhkan ke atas beliau merupakan suatu keputusan mengecewakan, yang telah mengesani keluarganya bahkan diri Muhammad Azmi sendiri. 

Sebagai rekod, al-Bakri telah ditahan pasukan rejim Israel pada Khamis lalu di rumahnya. Tempoh penahanannya telah dilanjutkan sehinggalah semalam, rejim Israel memutuskan keputusan baru iaitu memindahkan beliau ke bawah tahanan pentadbiran, di mana sebelum ini difahamkan beliau akan dipenjarakan selama tujuh tahun.

Related