Home Berita Post View

Israel: Penggunaan Peluru Hidup Dibenarkan Jika Rusuhan Tercetus

Oct 05, 2023 04:25 am

 

Polis Israel merancang untuk melepaskan tembakan peluru secara langsung ke arah penunjuk perasaan Palestin sekiranya rusuhan yang berlaku pada Mei 2021 berulang.

Saluran Israel, Kan 11 melaporkan bahawa rancangan ini disokong oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir. Penggunaan peluru hidup dilepaskan ke arah penunjuk perasaan Palestin dianggap wajar jika anggota penunjuk perasaan Palestin menutup jalan dan menghalang pasukan tentera Israel daripada sampai ke pangkalan mereka.

Sementara itu, polis Israel berkata, "Rancangan itu datang sebagai sebahagian daripada pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa Mei 2021."