Home Berita Post View

Siri Penahanan Zionis di Tebing Barat Semasa Rusuhan dan Kecederaan Meningkat

Oct 05, 2023 04:21 am

 

Pasukan rejim Israel telah melancarkan siri serbuan dan pencerobohan di Tebing Barat termasuk melancarkan beberapa buah rusuhan di pelbagai kawasan di samping penahanan beberapa orang pimpinan HAMAS. Dalam pada itu, rusuhan yang berlaku di beberapa kawasan berkenaan telah mengakibatkan pelbagai kecederaan dan kes sesak nafas dilaporkan. 

Pasukan rejim turut menceroboh masuk ke dalam rumah pimpinan HAMAS, Sheikh Mustafa Abu Arra, seterusnya menahan anak lelakinya ketika menyerbu rumah beliau di Bandar Aqaba, Tubas. Mereka juga telah menahan beberapa warga penduduk lain termasuk dua orang tahanan yang dibebaskan dari al-Khalil dan Nablus sementara seorang kanak-kanak turut tercedera akibat ditembak peluru berpandu pasukan rejim tepat ke arah kepalanya. 

Puluhan rakyat Palestin mengalami sesak nafas selepas dilempar gas pemedih mata oleh pihak rejim Zionis semasa rusuhan di Bandar Burqa, yang terletak di barat laut Nablus. Bandar Turmus Ayya yang berada di daerah Ramallah turut diceroboh tentera Zionis selain menempatkan kenderaan tentera mereka di sepanjang jalan di bandar tersebut. 

 

 

Related