Home Berita Post View

Muhammad Rabi’ Kritikal di ICU

Oct 02, 2023 06:30 pm

 

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menegaskan bahawa seorang tahanan Palestin yang cedera, Muhammad Rabi’ berusia 18 tahun berada dalam keadaan kritikal di Shaare Zedek Medical Center.

Suruhanjaya tersebut dalam satu kenyataan melaporkan bahawa peguam Muhammad Rabi’, Karim Ajwah menziarahi beliau yang sedang menjalani rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di bawah ubat bius dan mesin bantuan pernafasan. Beliau dilaporkan mengalami kecederaan selepas ditembak beberapa das peluru dalam operasi penahanan yang dilancarkan rejim Israel pada Jumaat lalu. Tambahan lagi, beliau telah menjalani pembedahan dua hari lalu di hospital dan pembedahan di bahagian yang cedera semalam.

Sesi lanjutan tahanan Muhammad Rabi’ dijadual diadakan hari ini di mahkamah tentera Penjara Ofer, akan tetapi beliau tidak dapat menghadirkan diri atas faktor kesihatannya.

Related