Home Berita Post View

Netanyahu Ketuai Sesi Rundingan Keselamatan Yang Dipertingkatkan

Oct 02, 2023 04:11 pm

 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan sesi rundingan keselamatan yang diperluaskan bagi membincangkan perkembangan keselamatan terkini terutamanya kejadian-kejadian yang berlaku di sempadan Semenanjung Gaza semasa sambutan perayaan Yahudi.

Saluran 13 Israel melaporkan, antara pimpinan tinggi keselamatan yang dijemput oleh Netanyahu ke mesyuarat tersebut termasuklah Ketua Am Angkatan Pertahanan Israel, Herzi Halevi, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Galant, Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah Israel, Ghassan Alian dan beberapa orang pegawai lain.

Saluran yang sama turut menyatakan bahawa pertemuan itu diadakan susulan peningkatan sekatan di sempadan Semenanjung Gaza, di samping cabaran lain dalam pelbagai aspek akan turut dibincangkan. Sebagai rekod, pihak tentera rejim dilihat telah meningkatkan kadar waspada dengan cara ribuan pegawai polis ditempatkan di pusat bandar sebagai persediaan berdepan kemungkinan operasi rusuhan dalam tempoh sambutan perayaan Yahudi. 

Related