Home Berita Post View

2 Syahid dalam serbuan Zionis di Kem Nour Shams

Sep 25, 2023 04:13 am

 

Dua warga Palestin syahid dalam sebuah serbuan rejim Zionis ke atas Kem Nour Shams, di timur wilayah Tulkarm, Tebing Barat. 

Dua orang syahid tersebut, Usaid Abu Ali, 21 tahun dan Abd Rahman Abu Daghmash, 32 tahun masing-masing ditembak di bahagian kepala oleh rejim Zionis semasa pencerobohan yang berlaku ke atas kem itu. 

Sumber tempatan melaporkan, sejumlah besar kumpulan tentera rejim yang menceroboh diiringi beberapa buah jentolak, yang menyaksikan kejadian serangan tembakan yang dahsyat sebelum memusnahkan beberapa infrastruktur yang ada di kem itu. Dalam pada itu, penembak tepat turut diposisikan di bahagian bumbung-bumbung rumah warga penduduk. 

Related