Home Artikel Post View

Zionis & Masa Depan: Tempoh Tamatnya Semakin Mendekat?

Nov 01, 2022 04:18 am
Kredit kepada pemilik gambar

Oleh: Nur Sabrina Suhaimi | Eksekutif Penyelidikan & Advokasi

Apabila bercakap tentang Yahudi, perkara utama lain yang muncul dalam benak fikiran ialah rejim Zionis.

Kedua-dua ini saling berkait rapat dan tidak keterlaluan sekiranya mahu menganggap Zionis sebagai senjata untuk bangsa Yahudi mendapatkan tanah Palestin.

Jika diangkat jari untuk menghitung jumlah kekejaman Israel-Yahudi, maka silaplah kita kerana 10 jari pun tidak cukup. 

Bayangkan saja, kekejaman Israel di Palestin bermula sejak Deklarasi Balfour termeterai pada 1917 dan sehingga ke hari artikel ini ditulis, rakyat di tanah suci itu masih tegak berdiri mempertahankan tanah air mereka walaupun saban hari menyaksikan sendiri kematian ahli keluarga dan sahabat handai.

“His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people,”                                                                                                                                                           – Balfour Declaration 1917

Agaknya, sampai bila rakyat Palestin harus menanggung penderitaan Deklarasi Balfour 1917 dan berapa lama lagikah rejim Zionis akan terus bertahan di atas muka bumi ini?

Zionis Agenda Yahudi?

Jika difahami secara mendalam sejarah kewujudan Gerakan Zionis, ia dipopularkan oleh seorang jurnalis beragama Yahudi berbangsa Austria, Theodor Herzl pada tahun sekitar 1890-an. 

Bagaimanapun, terma Zionisme lebih awal diperkenalkan sebelum kehadiran Herzl. Berdasarkan rekod, Zionisme adalah proto nasionalisme – awalan kepada gerakan kesedaran kebangsaan - yang bermula pada 1850 di bahagian timur Eropah.

Secara tidak langsung, Zionisme membuktikan Gerakan Zionis adalah agenda Yahudi yang sudah lama diterapkan dalam peradaban manusia berdasarkan misi penubuhan safe haven untuk golongan Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah.

Sebagai rekod, pada ketika itu (sekitar 1939-1945) seramai hampir 10 juta rakyat Eropah, majoritinya ialah golongan Yahudi – kira-kira 6 juta orang – telah terbunuh dalam peristiwa Holocaust yang dicetuskan oleh rejim Nazi selepas Adolf Hitler terpilih sebagai pemimpin Parti Nazi. 

Golongan Yahudi menjadi sasaran Holocaust kerana rejim Nazi menyalahkan mereka sebagai punca kekalahan parti ini pada 1918. Dalam sebuah buku bertajuk Mein Kampf, nukilan Hitler ada menegaskan bahawa akan berlaku peperangan besar di Eropah dan perkara utama yang akan dilakukan ialah menghapuskan orang Yahudi.

Dalam garis masa yang sama perjuangan Herzl, difahamkan Gerakan Zionis bergerak serentak di dua bahagian Eropah:

1)  Eropah Tengah:  Menfokuskan kepada kesukaran kehidupan Yahudi di Eropah 

- Telah tertubuhnya Kongres Pertama Zionis di Basel, Switzerland pada 1897 

2) Eropah Timur: Mengetengahkan solusi-solusi praktikal terhadap isu terkait di Eropah Tengah

- Mewujudkan penempatan awal untuk Zionis di beberapa tempat seperti:-

a)Rehovot

b)Rishon LeZion

c)Zikhron Yaakov

Pada awalnya tidak dinafikan Gerakan Zionis adalah sebuah pertubuhan kebangsaan di Eropah tapi perlahan-lahan ia berevolusi menjadi sebuah gerakan kolonial apabila para pemimpinnya mula mengalihkan fokus mereka kepada penubuhan semula sebuah negara Yahudi di Palestin. 

Salah seorang yang berjaya menyuntik semangat Yahudi dalam usaha merampas Palestin sejak 1890-an sehingga kini sudah tentulah Herzl. Individu ini melihat sikap anti-semitisme* dalam kepimpinan Hitler sebagai satu ancaman untuk Yahudi ortodoks, lalu menjulang semula semangat dua pemimpin Yahudi, Yehuda Alkalai dan Zvi Kalischer yang telah membebaskan diri dari kepompong tersebut dengan memperjuangkan kepulangan golongan Yahudi ke Palestin.

Melihatkan sikap Yahudi yang ortodoks, hanya mahu menunggu kehadiran Messiah untuk menyelamatkan mereka serta memilih karakter pasif, Kalischer pernah berkata: “Let us take to heart the examples of the Italians, Poles, and Hungarians, who laid down their lives and possessions in the struggle for national independence, while we, the children of Israel, who have the most glorious and holest of lands as our inheritance, are spiritless and silent. Should we not be ashamed?” 

Lebih mengukuhkan semangat Herzl dalam memperjuangkan nasib Yahudi adalah kenyataan Kalischer di atas, selari dengan janji Tuhan yang terakam di dalam Old Testament berbahasa Ibrani, Exodus Fasal 13, ayat 11:

“After the Lord brings you into the land of the Canaanites and gives it to you, as He promised on oath to you and your ancestors.”

Ya, Kanaan merujuk kepada nama tanah yang merangkumi beberapa kawasan yang kini dikenali sebagai Lebanon, Syria, Jordan, dan beberapa tanah Palestin yang telah dijajah Israel. Malah, perkara ini juga ada disebut di dalam al-Quran:

“(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)". – (Al-Maaidah, 5:21)

Maka, tidak hairanlah kehadiran Herzl dan semangatnya dalam memperjuangkan nasib Yahudi di dalam buku radikalnya, The Jewish State mendapat sambutan yang luar biasa di seluruh Eropah, terutama dalam kalangan Yahudi yang mahukan kemerdekaan. Tidak cukup dengan itu, Herzl juga berjaya mendapatkan sokongan daripada orang-orang kaya Yahudi, terutamanya Baron Edmond de Rothschild yang menjadi sumber kewangan utama untuk penanaman gandum dan anggur di kawasan-kawasan tersebut. 

Persoalannya, sampai bila rejim Zionis dan Yahudi perlu bertunjangkan kepada skema alasan yang sama sedangkan susur galur mereka sudah pun terpisah dari nasab sebenar mereka, Nabi Yaakub AS, keturunan yang terkenal sebagai bangsa dipilih Tuhan?

Agenda Zionis Merampas Palestin & Merosakkan Tamadun Manusia

Walaupun Zionis dan bangsa Yahudi terlihat saling berkaitan, hakikatnya Judais (agama Yahudi) sama sekali tidak selari dengan matlamat Gerakan Zionis kerana awal-awal lagi objektif pertubuhan ini terpisah daripada agama. 

Zionis bersifat sekular – menolak kepercayaan terhadap mukjizat dan mempertahankan keduniaan. Percaya atau tidak, gerakan ini bersandarkan kepada kitab Talmud dan ajaran Taurat yang telah diselewengkan. 

Maka tidak hairanlah jika dari awal lagi mereka telah menekankan bahawa era penguasaan agama terhadap pemerintahan sudah lapuk dan percaya kebendaan adalah tunjang pemerintahan. Malah, mereka juga yakin untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang menguasai dunia, prinsip kekerasan dan kekejaman dalam pemerintahan wajar dilaksanakan. 

Kekejaman Zionis secara tidak langsung telah mencerminkan sebaris ayat dalam kitab Talmud, “Jika seorang kafir menganiaya seorang Yahudi, maka orang kafir itu harus dibunuh”. 

Bagaimanapun, tidak semua bangsa Yahudi bersikap ekstremis kerana masih ada segelintir yang menentang keras penjajahan Zionis di Palestin, misalnya Neturei Karta* yang berpusat di Amerika Syarikat (AS). Mereka inilah sekumpulan bangsa Yahudi ortodoks yang percaya hanya dengan kehadiran Nabi Isa AS sahaja seluruh Yahudi dapat diselamatkan dan Israel berpeluang untuk dibangunkan semula.

Tetapi kekuatan dan pengaruh yang ditanam Gerakan Zionis terhadap majoriti golongan Yahudi menyebabkan dakwah Neturei Karta dipandang sepi walaupun mereka bergiat aktif mengutuk keras tindakan kejam Zionis.

Antara lainnya, Zionis jugalah entiti paling berpengaruh yang menguasai individu, syarikat gergasi, dan negara-negara besar dalam pelbagai bidang seperti keagamaan, ekonomi, dan pendidikan. Percaya atau tidak, tiga lapisan komuniti ini jugalah menjadi tunjang utama kepada kekuatan rejim Zionis membedil tanah Palestin. 

Pada 2020, pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendedahkan sebanyak 112 syarikat yang majoritinya dari Israel, diikuti beberapa buah negara lain seperti AS, United Kingdom (UK), Perancis, Netherlands, dan Thailand terikat dengan keganasan di Palestin. Manakala BDS Malaysia* yang melancarkan boikot bersasar, menyenaraikan produk PUMA, Hewlett Packard (HP), Caterpillar, dan G4S sebagai jenama yang perlu disekat serta-merta.

Di sini sahaja kita sudah dapat lihat usaha Gerakan Zionis dalam bentuk fasisme untuk memporak-perandakan pemikiran manusia, bermula dengan terbelahnya kelompok bangsa Yahudi – Yahudi Zionis dan Yahudi non-Zionis – sebelum merebak ke lapisan bangsa lain dengan sengaja mencetuskan rasa berbelah bahagi dalam kalangan umat manusia sehingga mereka mempertikaikan sesuatu yang bercanggah dari pegangan akidah masing-masing telah mencapai kejayaan tanpa disedari ramai. 

Dapat disimpulkan bahawa usaha Yahudi untuk melumpuhkan Palestin serta secara tidak langsungnya agama Islam bukanlah perkara baharu. Sebaliknya ia adalah sejenis kanser bersumberkan keonaran dan kejahatan global yang tular dalam sesebuah komuniti secara senyap.

Zionis, Israel – Menuju Tamat Tempoh?

Secara halusnya, senjata paling hebat digunakan Gerakan Zionis dalam melumpuhkan ketamadunan manusia ialah media massa seperti yang pernah dihujahkan oleh profesor berbangsa Palestin-Amerika, Edward Wadie Said;

“Facts do not at all speak for themselves but require a socially acceptable narrative to absorb, sustain, and circulate them.”

Bagaimana kenyataan Said di atas terkait dengan taktik Yahudi Zionis boleh dilihat pada cara komuniti zaman sekarang menerima fakta berkaitan keganasan di Palestin dan menjadikannya satu seruan jihad demi pembebasan negara suci itu. 

Buktinya boleh dilihat penggunaan media sosial seperti YouTube, Twitter, Facebook, Instagram, dan TikTok; televisyen, dan radio perlahan-lahan ‘memakan’ Israel sedangkan platform inilah yang menjadi saluran utama rejim Zionis untuk menafikan hak dan menutup keganasan terhadap penduduk Palestin.

“Di mata Edward Said, mengapa Israel seperti tak tergoyahkan, rahasianya arus dicari pada peran utama yang dimainkan oleh Zionisme Amerika yang menguasai media.”                                              – Gilad Atzmon: Catatan Kritikal tentang Palestina dan Masa Depan Zionisme, ms. 120

Walaupun ketika artikel ini ditulis masih lagi wujud sentimen negatif di beberapa platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram - menentang usaha penuntutan kemerdekaan Palestin – Twitter pula sebaliknya menjadi senjata utama umat Islam untuk membedil Israel dan rejim Zionis. 

Masih ingatkah kita dengan #israelkoyak yang tular pada 2021 dan penyatuan umat Islam seluruh dunia, termasuk pemain bola Mohamad Salah dan selebriti terkenal, Bella Hadid susulan daripada peperangan yang kemudiannya dinamakan Ma’rakah Saif al-Quds? 

Ya, inilah antara bukti yang boleh kita lihat bahawa pendedahan penindasan di Palestin menjadi tumpuan utama seluruh Malaysia dan peringkat global sehinggakan banyak syarikat, pertubuhan, organisasi dan orang terpenting beralih menyokong pembebasan tanah suci itu.

Secara tidak langsung, perubahan trend ini telah disokong oleh bekas ahli Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang kemudiannya menjadi aktivis Palestin, Gilad Atzmon. Menurut beliau, media Barat kebanyakannya pro-Israel sedangkan Zionisme jauh lebih brutal dan biadab jika dibandingkan dengan Nazime Hitler;

“Sekaranglah waktunya kita mengakui bahwa kaum Zionis sedang berdiri di pusat utama (Cultural Clash) ... Jika kita memang berhasrat untuk menyelamatkan dunia ini, dan kita ingin hidup di sebuah planet yang manusiawi, kita harus memusatkan perhatian pada musuh perdamaian yang paling gawat, yaitu para penjahat yang sepenuhnya berbuat untuk kejahatan: Israel dan dunia Zionisme.”

Menariknya, daripada sudut pandangan sosok tubuh yang disegani merangkap pemimpin HAMAS, Sheikh Ahmad Yassin mendedahkan Israel sedang menuju ke arah penghapusan;

“Di awal abad yang akan datang, secara tepatnya saya katakan ... Pada 2027, kewujudan Israel tiada lagi.”

Keyakinan beliau berlandaskan kepada al-Quran yang menegakkan bahawa generasi akan berubah pada setiap 40 tahun.

“Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama 40 tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa itu) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berduka cita terhadap kaum yang fasik itu.” – (al-Maidah, ayat 26)

Ayat di atas mencerminkan kenyataan pemimpin HAMAS ini. Jika difahami kehendak Allah SWT menyesatkan Bani Israel di padang pasir selama 40 tahun* sebenarnya adalah satu tempoh pembersihan golongan yang berputus asa enggan memerdekakan diri kepada generasi sanggup berjuang.

Buktinya boleh dilihat pada 40 tahun pertama, Palestin berdepan dengan insiden al-Nakbah (1948) yang menyaksikan generasi awal Israel digantikan dengan golongan penentang 40 tahun kemudian dalam peristiwa Intifadah pertama (1987). 

Seperti yang pernah diberitahu oleh bekas setiausaha mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir; Matthias Chang suatu ketika dahulu, rejim Zionis tidaklah sehebat dan menakutkan seperti dipaparkan di media berita dengan kelengkapan peralatan tembak dan bom. Golongan terkutuk ini sangat rapuh dan bergantung tinggi terhadap dukungan pihak luar seperti AS dan negara-negara Barat lainnya.

Maka, in shaa Allah tidak keterlaluan untuk mengatakan akan berlaku kebangkitan dan penyatuan yang luar biasa yang membentuk generasi pembebas pada 2027 demi memerdekakan Palestin.

Tidak perlu takut dan ragu-ragu dengan segala usaha yang telah dilipat gandakan untuk memangkah keterujaan rejim Zionis Israel merampas bumi barakah - Palestin kerana Allah SWT sudah berjanji di dalam al-Quran bahawa akan hadir kemenangan bagi Palestin berdasarkan surah al-Israa, ayat 5 hingga 6;

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.”

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.”

Nota:

*Anti-semitisme merujuk kepada kebencian terhadap golongan Yahudi. Ia bermula ketika zaman Empayar Roman yang mana menyaksikan kebencian golongan Kristian terhadap Yahudi kerana mereka menganggap kematian Tuhan adalah salah golongan Yahudi, termasuk penularan epidemik ‘Black Death’ di seluruh Eropah. Dipetik daripada Why the Jews: History of Antisemistism 

*Neturei Karta (dikenali sebagai “Guardians of the City”) merujuk kepada Yahudi ortodoks yang menolak ideologi Gerakan Zionis serta penubuhan Israel di Palestin. Dipetik daripada https://www.jewishvirtuallibrary.org/neturei-karta 

*BDS – Boycott, Divestment, Sanctions merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menfokuskan kepada usaha memboikot, melupus, dan menyekat syarikat serta jenama yang mendukung kekejaman Israel dan Yahudi terhadap Palestin.

*Allah SWT telah menyesatkan kaum Yahudi di Padang Pasir Sinai selama 40 tahun akibat menolak perintah berperang yang disampaikan oleh Nabi Musa AS.

 

Rujukan

Buku/Kajian/Laporan

  • A History of Modern Palestine

  • Origins and Evolution of Zionism

  • Zionism: The Birth and Transformation of an Ideal

  • Zionis Menjeru

  • Ensiklopedia Mini Masjid al-Aqsha

  • Siapakah Israel, Yahudi dan Zionis: Program Perancangan Yahudi Rosakkan Umat Islam dan Tawan Dunia

  • Annual Report of The United Nations High Commissioner for Human Rights and Report of the Office of The High Commissioner and The Secretary-General Human Rights Situation in Palestine and Other Occupied Arab Territories

  • Gilad Atzmon: Catatan Kritikal Tentang Palestina dan Masa Depan Zionisme

  • Permission to Narrate

Laman web/Akhbar digital/Video/Audio

 
 

Related