Asal-usul Nama Palestin

Aug 09, 2022 10:58 am
Gambar asal diambil daripada Majdi Mohammed/AP Photo

Oleh: Muhammad Syahmi Afiq | Editor Persatuan Cinta Gaza Malaysia

1. Nama Palestin pertama kali ditemui dalam bentuk dokumentasi seawal Zaman Gangsa, 3200 tahun yang lalu. Nama Palestin (Arab: فلسطين, Filastin) ialah nama yang biasa digunakan di antara tahun 450 sebelum masihi dan 1948 masihi untuk menggambarkan persekitaran geografi yang terletak di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan serta pelbagai kawasan sekitarnya. 

2. Lewat Zaman Gangsa dan seterusnya, antara nama yang digunakan ialah Djahi, Retenu dan Kana’an, yang semuanya merujuk kepada Palestin. penemuan duit syiling Philistine dari Zaman Besi,

3. Antara catatan yang ditemui berkaitan nama Palestin ini terdapat pada inskripsi yang bertarikh dari zaman Abbasiyah, nama Jund Filastin tertera sebagai kawasan ketenteraan dan pemerintahan pada zaman itu. Kemudian, kepingan syiling dari zaman Umayyah dan Abbasiyah yang tertera nama Filastin. Sebuah manuskrip dari zaman al-Fustat (Kaherah) yang tersimpan di sebuah Genizah* turut merujuk kawasan Arab Muslim dengan nama Filastin. 

4. Melewati Zaman Klasik dan peralihan ke Zaman Pertengahan di dunia Mediterranean, Eropah dan Timur Eropah, nama Palestin tetap di antara nama yang biasa digunakan. 

*Sebuah ruang penyimpanan yang terletak di dalam saumaah (rumah ibadat Yahudi). 

RUJUKAN

 

- Nur Masalha (2021) Introduction: Palestine as a Name Commonly Used Throughout Ancient History, Palestine: A Four Thousand Year History, Zed Books. 

Related